Feldene 10mg

May 16, 2009

15-05-09_2343

Fig1.1: biasalah..orang tada kamera power…gambar kamera fone jer.

ini feldene..

feldene teman karib saya.

dia membantu saya jika saya berada didalam kesakitan.

kalu saya sakit..dia lah yang tolong redakan kesakitan saya.

kami berkenal setelah ditemukan oleh seorang doktor di sebuah klinik swasta

kalu saya sakit..saya cuma perlu jumpa kakak di kaunter klinik dan beri lima ringgit kat dia.

tapi orang kata…feldene ni baik pada mulanya.tapi satu hari nanti dia akan kenakan kita pulak.

saya harap saya dan feldene takkan berkawan karib.

tapi nak buat macam mana

ni semua salah

carpal tunnel syndrome.

p/s:

tapi “awak” jangan risau…”awak” tetap kawan baik saya.hee :D

p/s/s: Kenapa aku cam gedik sangat dalam entry kali nih……

kitaran hidup

April 27, 2009

image by Ennokni

Men are from pluto!

April 13, 2009

———————————————————————————————————————————————–

conversation dalam yahoo messenger

Wani Ardy: venus tu simbol untuk wanita
Wani Ardy: kiranya tiga wanitalah
Hellmy Firdaus : bukan
Hellmy Firdaus : aku tau lah venus tuh simbol utk pompuan
Hellmy Firdaus : pluto tuh utk lelaki
Hellmy Firdaus : …aku rasa lah
Wani Ardy: apa ko niii
Wani Ardy: mars lah laki

————————————————————————————————————————————-

ya…fail betul aku. jadi kerana itu aku dibahan ketika didalam kereta oleh kawan kawan dan juga di toys r us

flyer

untitled-151

i miss that bike! seat basikal tuh ada gambar thundercats.tiap tiap petang lepas tgk katun pukul 5.30 pegi kayuh basikal tuh. kadang-kadang imagine jadi satria baja hitam. pastu race ngan kawan kawan! haih….

p/s: cute tak aku?

the day when the clown found happiness

gambar ini diambil masa fiesta belon udara panas di putrajaya baru baru ini. nak taknak kena pegi pada hari khamis sebab from this friday until rabu minggu depan aku tada. menjadi tukang masak utk segerombalan manusia yang akan berkayuh belajar berkayak dan berekspedisi kayak dari kuala ibai, terengganu ke pulau kapas.

harap2 kali ni dapat naik bot ngan abang man lagi. bleh arr mancing kat tgh laut lagi sambil tunggu derang abis berkayuh

CubeeCraft!!!!!

March 15, 2009

yeah!! cubee craft adalah fun!! murah dan sangat seronok bila buat di masa lapang!! terasa macam main paperdol kapal terbang pasang siap dulu.

aku dah print 2-3 character cubee utk aku buat weekend nih.antara character yang aku tgh buat skang ialah

  • Dr.Manhattan (Watchmen)

  • Roscharch (Watchmen)

  • Joker (The Dark Knight version)

uhuhuh….best best best!!! klik sini utk ke cubeecraft!! selamat menggunting!!!

kayuh pelan pelan

March 11, 2009

aku mahu bmx!

aku nak kayuh basikal bmx ku keliling taman botani putrajaya!

aku nak dengar Mars Volta sambil kayuh basikal BMX supaya nanti nampak cam ghetto dalam game GTA!

aku dah pegi kedai basikal tadi nak tgk berapa harga sebuah BMX!

nampak gaya..

aku kena kumpul duit sebanyak Ringgit Malaysia tiga ratus lapan puluh!!

Hey Hellmy..simpan duit kau utk beli bmx! (simpan duit..hrmm..mesti nanti orang tuh akan kata kat aku…”kau? simpan duit?…Yea rite.We’ll see bout that)

people’s kelinik

March 4, 2009

“the people’s kelinik”

so i’ve added a new category called  “look into my eyes” where i will post some of my photography work here…so now aku ada idea utk tak biarkan blog nih berabuk…hahahahah

Ya kawan-kawan, saya persembahkan adegan yang benar-benar menyakitkan mata.  Jadi, bersama saya didalam video ini, seorang senikatawati yang berfilosofi rambang yang cuba menunjukkan bakat anehnya selain daripada menyanyi lagu dan memetik gitar. Sungguh mengkagumkan…

Jadi tidak melengahkan masa lagi…bersedia atau tidak…julingkan saja mata itu!

aku berazam utk mencuba update blog ini. ok here goes nothing.

1. aku dah pindah dari pusat pentadbiran kerajaan ke sebuah pekan yang agak sepi dan sunyi pada waktu malam.Terasa macam aku duduk kat hujung dunia. Tapi Alhamdulillah, impian keluarga nak duduk di rumah sendiri dah tercapai. Korang kalu bosan bosan meh la turun Dengkil…pekena roti tampal skali!

2. aku benci pindah rumah. Aku benci kena angkat2 barang. Aku benci susun semula barang. aku benci segala urusan pemindahan barang. Senang citer apa apa yang ada kena mengena ngan pindah aku benci

3. Waktu cuti sangat-sangatlah bosan. somebody kidnap lah aku dan campakkan aku ditempat yang ada civilization.

4. Aku mahu lepak tepi laut takpon paling kurang pegi picnic di air terjun atau berendam dalam air sungai yang sejuk. kalu wani ada monolog pantai, aku plak ada dialog sungai.

5. Ah..umur makin meningkat dan masih lagi berstatus pelajar.

6. Kawan2…tolonglah jangan emo. Buat sakit hati jer. Sekali skala takper lah…jangan selalu okay?

7. yang sakit sakit tuh..semoga cepat sembuh… yang tak sakit tuh….jaga kesihatan supaya tak jatuh sakit.

8.  owh ya…aku tak rasa rugi pon sebab tak pegi tgk mogwai perform. Mungkin sebab aku tak berapa nak enjoy sangat dengar lagu lagu mogwai.

9. Kena tagged ngan raksasa bulatan..kalu malas nak buat bleh tak? haha.

10. KONEKsyen internet macam …..

11. dah..cukup lah nih….bukannyer ramai orang yang baca pon blog nih..

12.Assalamualaikum