Hellmy Firdaus

kawan yang bangsat mmg senang nak dicari..

Posted by: hellmy on: October 31, 2008

The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble – Mephistopheles

————————————————————————————-

malam tuh aku rasa macam nak tegur seorang kawan aku dalam ym, saja nak berborak kosong ngan dia.so aku pon pilih la satu tajuk yang bleh diborak panjang..tetiba teringat plak citer pasal backstabing( gara2 tgk wild things petang tadi..bukan pasal denise richards dan neve campbell)

so dia pon mula citer pasal kisah dia dulu….

Bukan Aku: ok
Bukan Aku: terdapat suatu ketika dahulu
Bukan Aku: seorg lelaki ini telah difitnah dan ditikam dari
belakang dari member2 nya yg telah mengenali selama 4 tahun
Bukan Aku: *3 tahun
Aku: ok teruskan
Bukan Aku: semuanya kerana seorang perempuan

Aku: kemudian?

Bukan Aku: kemudian sekumpulan lelaki ini telah membuat
pelbagai cerita yg tidak pernah dibuat oleh lelaki tersebut secara senyap senyap
Bukan Aku: akhirnya keadaan menjadi keruh
Bukan Aku: akhirnya lelaki ini telah membuat keputusan utk
berdepan face 2 face dgn prempuan tersebut
Bukan Aku: die telah mengemukakan pelbagai bukti utk
mendefendkan dirinya
Bukan Aku: tetapi prempuan ini tetap dgn bodoh sombong nya'
Bukan Aku: ego lagi berlagak
Bukan Aku: tetap menyatakan bhw beliau adalah betul
sebetulnya
Aku: hrmmm
Aku: tetapi..
Aku: adakah lelaki tuh dah dengar sendiri dari pihak
perempuan tuh?
Aku: dan tanya
Bukan Aku:
Aku: apakah sebab utama yang dia betul-betul percaya ngan
apa yang di dengar oleh beliau
Bukan Aku: sbb yg utama
Aku: well..soalan ini tidak berpihak kepada mana mana pihak
Aku: cuma atas dasar ingin tahu
Bukan Aku: mereka adalah kwn2 lelaki tersebut
Bukan Aku: maka kwn2 lelaki tersebut sudah pasti mengenali
lelaki tersebut
Bukan Aku: kerana lelaki n perempuan tersebut br sahaja
mengenali tidak smp setahun
Bukan Aku: tetapi sudah rapat
Aku: rasanya..tidak perlu ada masalah dalam perhubungan di
antara lelaki dan perempuan
Aku: memang menjadi lumrah
Aku: bila berkenalan..kita mungkin rapat ngan dia..dan kita
mungkin berenggang dengan rakan kita
Aku: mungkin di sebabkan kawan2 lelaki tersebut terasa ego mereka
tercabar
Aku: atau sedikit rasa cemburu
Aku: atau mungkin...tidak suka dengan perempuan tersebut
Aku: betul tak?
Bukan Aku: lelaki tersebut masih tidak tahu apekah motif
sebenarnya
Bukan Aku: tetapi setelah memberi nasihat
Bukan Aku: perempuan tersebut masih tetap berdegil
Bukan Aku: dan perkara itu telah merenggangkan hubungan
mereka berdua
Aku: motif siapa..Aku kurang faham sikit
Bukan Aku: motif kwn2 lelaki tersebut
Aku: so kiranya..dalang utama dalam cerita nih
Aku: kawan kawan lelaki tersebut
Bukan Aku: yaa
Aku: nampaknya tahniah diucapkan kepada lelaki ini
Aku: kerana punya kawan yang bangsat

aku pon tak tau nak bagitau apa apa dah kat dia since aku pon tak berani cakap apa..but the thing is glad this shit didn’t happen to me…but who knows..someday aku pon akan terkena cam ni..tapi harap harap dijauhkan la bende camni.

———————————————————————————-

kenapa yer hari nih?

Posted by: hellmy on: October 23, 2008

here i am…sitting in front of the monitor, without any idea what to write in this post,thinking..what should i write? or did i need to write something here…because in the end, nobody gonna read what you say here,or by any chance stumble into your page but if you are reading this post, thank you and enjoy wasting your time reading this stupid entry.terima kasih saya ucapkan..

okay,cukuplah entry start  dalam english, lagipon yang datang sini semua pandai cakap bahasa melayu. lagipon bukannyer aku ni hebat sangat cakap english, sekadar basic english tuh aku rasa ok lah kot. Tapi apa sebenarnya aku nak tulis dalam entry ni.nak kutuk..tak hebat,takut nanti kena kat diri sendiri balik..so abaikan, nak cerita pasal politik..pegi matilah sama politik,ahli politik gaduh cam budak sekolah jer dalam parlimen, pasal muzik…aku tak update dah ngan lagu dan playlist winamp aku asyik putar lagu-lagu dari tahun lepas.takper lah..usya lah blog-blog lazim yang aku tgk hari-hari kot ada lah isu yang menarik….

ah..tada!!! semua bosan!!….ok ok..mungkin kalu aku pegang camera aku dapat snap gambar gambar yang best……ok.cari camera jap….on…BATERI HABIS!!DAJEI SUNGGUh!!!haiih..asal la semua bende jadi bosan giler babi nih..buat tuh tak seronok..tgk tuh tak seronok..pikir tuh cam tak seronok…apa jadi nih.

apa hal aku hari nih?!!

kenapa ek…

…………….

owh ya….

AKU CUTI DAN AKU BOSAN!!!!!!!!!!!!!!!

Entry agak comel….bersedia utk rasa geram gile!!!

Posted by: hellmy on: October 16, 2008

Meet Jiji (Left) Jojo (the sleeping one) and Lucy !! mereka adalah anak-anak kucing ramadhan..haha..mula ingat nak letak nama yang ada kaitan ngan puasa…tapi rasa cam tak berapa appropriate la..so bagi la nama lain.

Gambar2 diorang ni aku telah submitkan kat banyak groups yang berkaitan ngan pets yang more specifically focus on kucing.So rata rata ramai yang adore gambar ni…huhu.dan aku rasa black and white suits very well utk kedua dua gambar nih..huhu

owh dan gambar lucy telah dinominatekan utk Purina Top Chart utk gambar terbaik utk bulan ini.. Yeah. Tiada charge telco dikenakan utk undian ini.

————————————————————————————

so..cuti semester sudah start!…apa nak buat?!!…tunggu saja lah aktiviti menarik nanti…huhuhu

Wani Ardy’s Hari Bintang Jatuh

Posted by: hellmy on: October 13, 2008

Wani Ardy’s HARI BINTANG JATUH
Hari pengakuan kita bergema…

25th October 2008
12pm-10pm

153, Malaysian Institute of Arts’s Red Bungalow
Jalan Ampang (Behind Pelita Nasi Kandar KLCC)

ACOUSTIC PERFORMANCES
Para Senandung

Azmyl Yunor / Ana Raffali / Apple Juice
Bintang Batu / Captain G / From Cadillac To Geisha
Joshua Foong / Liyana Fizi / Rashdan Harith
Ray & Ash / Rendra Zawawi / Rina S.
The Fridays / The Siblings

POETRY RECITALS
Pencengkam Jiwa

Ashraf Ishak / Dianne Dayanna / Fynn Jamal
Nona Cici Suleiman / Shaira Amira
Wak Dol / Zahiril Adzim

VIDEO SCREENINGS
Penglipur Lara

VISUAL EXHIBITION
Penghenti Masa

SATURDAY MARKET
Pasar Sabtu

ADMISSION: RM10

Websites:
http://www.myspace.com/waniardy
http://kehadapanbintangjatuh.blogspot.com

hoho..header tuh aku saja buat sendiri since bosan asyik study utk exam.so datang arr kalu sapa sapa yang berminat. jangan bazirkan masa anda dengan mengisi perut dengan makanan di open house saja..ajak kawan kawan skali.hahah


Murtabak Pak Din Pasar Keramat is THE SHIZNIT!!

Posted by: hellmy on: September 14, 2008

hrm…malas nak mulakan post kali dengan ayat lazim kalu orang tak tulis blog…”wah..lama betul aku tak update blog nih”…sebab mmg dah lama pon tak update blog nih..kalu ada masa pon macam malas.kalu ada idea nak update blog selalunyer aku takda depan pc…demmit

nak citer pasal apa? puasa? hah..sama jer rutin harian aku..bangun…gi kelas..balik rumah..gi pasar(bukan pasar ramadhan yer,apa kelas bulan puasa gi pasar ramadhan..masak sendiri ok!)…lepak tunggu waktu berbuka…terawih(setakat ni baru pegi dua kali jer…)..lepak cyber….ulang rutin harian ni sehingga ramadhan habis.

puasa kali ni aku rasa cam kurang satu bende..tak tau apa yang kurangnyer tapi series aku rasa cam…hrmm..ada sesuatu yang kurang..tapi tak tau apa…adakah mungkin sebab..

1, Asyik berbuka di rumah saja

2.Tada sapa nak belanja bukak puasa.

3.Aku ngan mak sampai tada idea nak masak apa utk berbuka….

yup..puasa kali ni aku rasa mmg teramat amat bosan!!……aku nak puasa cam dulu, bila time puasa jer aku rasa excited tapi biasalah..bila dah tua..excited tuh makin lama makin hilang. haih..ni belum lagi raya..ntah camner la raya nanti…dah la balik kampung raya nih..mulanyer plan tanak balik kampung since 6hb tuh aku ada final exam..tapi bila abah cakap “balik lah kita raya ni,sementara orang kat kampung tuh masih ada”…aku pon cam tak leh nak cakap apa…ayat killer dan menusuk kalbu.

nampak gaya aku beraya la ngan notes data comm nih sambil terbayang muka cikanan eswaran berpakaian baju melayu siap songkok menyanyi lagu satu hari di hari raya…..

demmit!!!

Hello bang..saya nak request satu lagu bleh?

Posted by: hellmy on: August 18, 2008

Kepada: PILIHAN BERSAMA @ RADIO KL

Daripada: Hellmy Barb dan lain lain lagi nama yang refer tuh hellmy firdaus

Ditujukan Khas untuk: Kepada rakan-rakan yang mengenali saya walau dimanapon anda berada dengan ucapan “korang dah ganti puasa ke belum (especially yang lelaki tuh.)”

Lagu:Falling Slowly

Lagu dendangan:Glen Hansard and Marketa Irglova (dipetik dari OST Once-2006)

Badan aku lenguh giler…nak urut plis!

Posted by: hellmy on: August 18, 2008

Ah..at last setelah beberapa malam tido dengan keadaan yang tidak seronok akibat aktiviti padat pada hujung minggu, cuaca pagi tadi yang agak kelam dan mendung buatkan aku tido dengan asyik skali dan tepat pukul 12.00 aku terjaga dengan rasa segar dan energetic!

blog blog blog…apa aku nak tulis dalam ni…life aku skang ni bleh dikatakan a little bit bosan…so kalu nak update routine harian..mmg tak seronok…

1.bangun

2.mandi

3.makan

4.hadap komputer

5.ulang balik step 1 sampai letih…

ahhhh….ni belum lagi pindah dengkil! MAMPOS!!!

*insert kan tajuk yang sesuai kat sini*

Posted by: hellmy on: August 4, 2008

mid-sem break…suatu tempoh cuti yang kurang bosannya dari semester break walaupon cuma 3 minggu..kalu tada pengisian pada waktu itu,nescaya aku akan menjadi manusia yang resah dan tidak keruan dan mungkin hampir mati kebosanan…walhal pada hakikatnya mmg ada benda yang aku patut buat

  1. Study untuk mid-term paper utk 3 subject
  2. Assignment yang perlu dihantar dalam masa 2 minggu lagi
  3. Menjadi butler dirumah…(sumpah aku nak adik aku balik..so aku takyah buat keje camni..wah kejam…hahaha…)
  4. apa lagi….ntah arr…mungkin ada bende penting aku saja buat buat tak ingat..nanti arr aku pikir

hrmm..dua tiga minggu ni, parent aku dah mula bincang pasal nak pindah rumah..aku bajetkan rumah sekitar area bangi atau serdang…sri kembangan? jangan harap aku nak duduk sana…aku rasa macam tak berapa gemar duduk situ..nilai?…wow..jauh giler..tak bleh…putrajaya? rumah disini cantik belaka,sama jugak ngan duit nya..

last last yang aku dapat tau…rumah yang parents aku berminat tuh…rupanya kat DENGKIL!…wow..sungguh tak disangka…nampaknya aku akan jadi peDENGKI DENGKIL-ians..hoho…nampak gaya tempat lepak aku pas ni MALEE lah…huhuhuhu.tapi rasa cam rugi jer pindah dari PUTRAJAYA..tapi nak buat camner…parents aku nak rasa tinggal rumah hasil titk peluh sendiri so aku kena ikutlah.

so,tengoklah nanti camner…hrmmmm

ok…satu soalan utk korang…(macam ada jer yang baca blog nih)

  • What happen when you cross a fish and elephant?

hari ni aku kusut.

Posted by: hellmy on: July 31, 2008

ya..aku amat kusut hari ni sampai aku rasa menyampah dengan diri sendiri.

…a beautiful chaos that is

yeah…setelah hampir mengcancelkan diri utk tidak ke konsert mono…aku bukak junk dan terbaca satu notis yang menggembirakan…

harga tiket utk student cuma RM50 ringgit saja…huhuhu…lantas tak segan silu terus contact beberapa kenalan yang mungkin bleh diajak utk menonton skali. Ecot ngan Ag akhirnya yang join aku pegi tgk mono malam tuh…huhuh

sampai sana dalam pukul 7, aku rasa cam kurang jer orang kat sana, dan aku mmg expect pon tak ramai orang since sapa jer yang dengar mono, band post rock dari jepun nih…kalu aku bagitau korang…rata2 ramai tak mengenali mereka..bila suruh cari mp3…semua end-up download life in mono yang sememangnya bukan lagu mereka. jadi bila sampai di zouk, tgk lebih kurang dalam 20-30 orang kat luar…tunggu rakan atau tidak ingin dengar opening act dan terus masuk bila mono start perform…

tepat jam 8.15, mc mula masuk…suruh crowd chant nama mono seperti suruh mawi keluar utk perform….crowd tak amik peduli.huhuh.pas tuh…tamaki.yoda,taka dan yasunori naik stage…mmg tak percaya betul aku dapat tgk diorang live on stage…huhuhu

set diorang dimulakan dengan lagu yearning…mmg mengasyikkan…starting yang agak energetic dan penuh elektrik! dari tempat aku berdiri aku bleh nampak tamaki jer..since yoda ngan yasunori mula mula main menghadap gajet-gajet diorang.

so…tunggu saja nanti gambar aku amik dari ag…

ni set list diorang malam tuh.

1.Yearning

2.The Kidnapper Bell

3.Pure as snow

4.Lost show

6.Halcyon(Beautiful Days)

7.The Battle to Heaven

agak sedih bila diorang tak perform sabbath dan halo..huhuh